- Istilah 'burn out' mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkan sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang.
- Dalam erti kata yang lain, burn out boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).
- Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burn out akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.
- maslach & Jackson (1981), telah memperkembangkan konsep burn out dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burn out. Ketiga-tiga jenis burn out itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).
- Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burn out yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.
3 JENIS BURN OUT
- Kelesuan emosi
- Depersonalisasi
- Pencapaian peribadi
KESAN BURN OUT
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI
- Baiki persekitaran
- Runding cara
- Pengurusan masa
- Kemahiran selesai masalah
- Libatkan dalam hal keagamaan
- Kemahiran relaksasi
- Kekalkan cara hidup sihat
- Kemahiran berkomunikasi
- Faham proses tekanan
- Kenali punca
- Bentuk cara atasi stres
- Latih diri atasi stres
- Kenali bentuk tekanan
Cara Islam :
- Sentiasa berwuduk
- Banyakkan membaca al-Quran
- Solat sunat
- Berdoa
- Bersangka baik
- Kegiatan luar
- Amalkan diet
- Menangis
- Hargai diri
- Cintai diri
KESIMPULAN
Burn out dan tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud dalam kalangan guru di sekolah. Burn out boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada kesihatan mental guru. Oleh itu, sekiranya tahap burn out tidak terkawal, boleh membawa implikasi yang negatif kepada sistem pendidikan secara keseluruhannya. Pengurusan stres memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga imej organisasi.
Pihak berwajib harus sedar kepentingan pemantauan ke atas tahap burn out guru dari semasa ke semasa. Sebarang peningkatan dalam tahap burn out guru perlu diberikan pertimbangan yang serius dan tindakan perlu diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. Seandainya tidak, burn out boleh membawa kepada kemerosotan sistem pendidikan negara dan seterusnya menghampakan segala aspirasi negara. Di samping itu, seperti tuntutan terhadap penjawat awam yang lain dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran, para guru juga perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi. Hal ini demikian kerana sukar bagi guru menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta mewujudkan nilai tambah dalam perkhidmatan yang disampaikan khususnya kepada murid-murid.
Peningkatan ilmu dalam kalangan guru harus seiring dengan tuntutan semasa. Pendidik yang kaya dengan pengetahuan dan kemahiran amat relevan dan penting dalam era masyarakat yang berasaskan ilmu, iaitu knowledge-based society. Salam era ini, maklumat dan ilmu sentiasa bertambah. Setiap pembaharuan yang diperkenalkan pada hari ini mudah menjadi lapuk dalam tempoh masa yang singkat. Masyarakat umum juga lebih berpengetahuan dan sentiasa mendapat pendedahan kepada maklumat terkini menerusi pelbagai saluran, termasuk Internet dan media asing.
Guru-guru juga harus sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan